Tarian Asyik merupakan satu tarian klasik (daerah) Kelantan dan dipersembahkan di istana (Raja-Raja Kelantan) oleh gadis-gadis remaja pada hati upacara tertentu dan hari-hari keramaian. Penari terdiri daripada dayang-dayang istana yang dilatih dengan sempurna. Dari segi sejarah yang tercatat dalam Hikayat Patani, Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik. Asal usul tarian ini adalah daripada seorang raja yang memelihara seekor burung kesayangannya di istana. Suatu hari beliau mendapati burungnya terlepas dari sangkar, lalu diikutnya burung itu ke hutan belantara dengan harapan untuk mendapatkannya balik.Setelah bertahun-tahun burung kesayangannya masih tidak dapat diambil kembali, lalu raja tersebut kembali ke istana dengan penuh kekecewaan. Untuk menghilangkan rindunya terhadap burung tersebut, raja itu telah memerintahkan agar mencipta satu tarian yang meniru gerak-geri burung kesayangannya. Untuk tujuan tersebut, maka kumpulan Asyik yang terdiri daripada dayang-dayang istana terpaksa menari di hadapan raja bila baginda terkenangkan burungnya. Asyik bererti kekasih dan pengertian tersebut bersesuaian dengan gerak-geri tarian ini yang bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Persembahan tarian ini dimulakan dengan kemunculan 10 orang penari yang bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian diikuti pula oleh Puteri Asyik dan semua menyembah lalu menari.
Alat-alat muzik yang mengiringi Tarian Asyik terdiri daripada gedumbak asyik (sebanyak 11 jenis), gambang dan rebab. Tiga alat muzik utama ini mesti ada untuk mengiringi tarian ini. Di samping gerak geri dan pakaian yang berseri, Tarian Asyik telah menarik minat masyarakat seluruhnya. Pakaiannya adalah serupa dengan Mak Yong iaitu berbaju pendek (warna merah), kain sarong dan satu kain panjang digantung pada bahu dan dilepaskan hingga ke pinggang. Pada bahagian pinggang penari memakai pending (sejenis tali pinggang) dan Puteri Asyik pula dimestikan memakai canggar di sanggulnya.
Pada zaman dahulu Tarian Asyik ditarikan pada hari perkahwinan, iaitu malam berinai seperti malam berinai besar di istana. Namun demikian, pada hari ini Tarian Asyik dipersembahkan juga pada hari-hari temasya negeri dan negara.

0 ulasan:
Catat Ulasan